Tuesday, November 1, 2011

LATAR BELAKANG SHAM AL HAJ ENTERPRISE

Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha besar dan kepada Rasulnya Muhammad s.a.w dan berkat Doa dari Tuan/ Puan, kami kini telah membantu rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam melaksanakan beberapa Ibadah yang selama ini hanya dikirimkan melalui bakal-bakal Haji yang menunaikan Fardhu Haji pada setiap tahun. 

Di sini dinyatakan bahawa, Sham Al Haj Enterprise ini ditubuhkan atas daya usaha yang tidak pernah putus serta tidak mengenal erti kegagalan dalam meneruskan perjuagannya.

Tujuan Utama Syarikat ini ialah menolong umat Islam mendapatkan wakil yang boleh mengambil upah haji bagi pihak mereka. Sebagaimana yang kita tahu, ramai rakyat Malaysia mengupahkan haji bagi waris mereka samada yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia telah menggunakan khidmat bakal-bakal haji yang ingin menunaikan fardhu Haji . Mereka mengirimkan upah Haji tersebut kepada bakal – bakal haji yang berkenaan. Apabila sampai ke Tanah Suci, bakal Haji yang sememangnya tidak mengetahui tentang proses sebenar upah Haji akan menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain bagi melaksanakan upah haji tersebut. Samada upah Haji itu berjaya dilaksanakan ataupun mereka tidak mengambil tahu langsung tentang perlaksanaan proses tersebut.
 
Sham Al-Haj Enterprise Mengambil upah Haji dengan menunjukkan bukti bahawa upah Haji tersebut telah ditunaikan. Kenyataan di bawah akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftarkan nama kepada syarikat ini untuk dilaksanakan upah haji bagi pihak waris mereka. Antaranya ialah :
1. Gambar foto mereka yang mengambil Upah.
2. Alamat mereka yang melaksanakan upah Haji
      3. Tandatangan mereka yang mengambil wang untuk Upah Haji.
4. Alamat Sheikh di mana mereka bermikat di Makkah.
5. Tanda Penghargaan kami seperti cenderahati daripada yang mengambil upah haji kepada yang mengupah, sebagai hadiah daripada Syarikat Sham Al-Haj.

Bukti-bukti tersebut akan dilengkapkan dalam satu sijil yang akan dikeluarkan oleh syarikat ini apabila Upah Haji tersebut telah ditunaikan dan akan diserahkan kepada yang mengupahkan haji itu. Dengan ini, pengupah boleh berhubung terus dengan orang yang mengambil upah haji bagi waris mereka. Oleh yang demikian, tidak ada sebarang penipuan kepada Upah Haji yang deberikan oleh Syarikat ini. 

RUANG PEJABAT : SHAM AL HAJ ENTERPRISE







No comments:

Post a Comment